Thursday, 4 July 2013

it should be ''taubatnya pencinta muzik''

Baru tak baru sangat lah pasal,kpoppes yang dah bertaubat tu. Alhamdulillah. ''taubat seorang kpoppers'' kalau tak silap,atau yang sewaktu dengannya. Admin dah baca statement dia kat facebook. But in my very personal opinion about her statement is going to be a bit different. Pendek kata admin tak setuju. Itu memang hak dia dan bagus dia ajak orang berhijrah. Admin pon kpoppers jugak. It should be ''taubatnya pencinta muzik''. Tak perlulah nak mention yang anda seorang kpoppers.

Orang yang baca statement tu bukannya 'kpoppers' je tapi yang sebaliknya pun turut baca. Mungkin yang diluar sana terutama 'non-kpoppers'' fikir,''haa..dengar tu wahai kpoppers''. Segelintir manusia menunding jari kepada 'kpopppers'' setelah habis baca statement tu. Walhal,benda yang sama berlaku kat peminat muzik genre lain,just like orang putih punya band ke,artis Hoollywood,atau artis Malaysia.

Album baru,fansign dan konsert,bukannya artis Korea je yang buat...Malaysia pon ada. Tak sedar ke,ada je rakyat Malaysia,yang berdarah Melayu dan beragama Islam bergambar dan mungkin bersentuhan dengan artis Malaysia/bukan. Sentuhan yang mungkin dianggap ''rugi'' kalau terlepas dan melabur duit yang preety banyak.

Mungkin dikotak fikiran 'non-kpoppers' yang mana ada terbaca statement tu fikir,''tu semua kpoppers yang buat,bukannya non-kpoppers...''. Mungkin ada segelintir kpoppers yang baca satement tu tersedar dan berubah. Alhamdulillah. Tapi berubah yang macam mana? Berubah sebab statement tu? Berubahlah kerana Allah. Admin tau,memang susah nak buang benda yang kita dah suka dan macam darah daging. Perubahan tu tak perlu drastik dan melulu.

Berubah perlahan-lahan adalah lebih baik,sebab kita dah ada niat dihati. Tapi boleh je,nak teruskan minat tu..tak perlu dibuang mungkin. Asalkan kita dapat mengimbanginya dengan betul,..antara hubungan dan amalan kita untuk Allah dan hiburan. Tidak salah berhibur,kena lah jaga mata dan telinga. Kalau dah kita tengok/simpan gambar/video artis perempuan yang terdedah aurat,tu dikira tak boleh merangkap haramlah.Tidak kira lah artis dari negara mana sekalipun.

- kalau nak berubah from what we were,it'll be hell to pay as a manner of speaking -

sebab segalanya dah terasa jadi darah daging,dan untuk mengubah hakikat itu bukan mudah.

- may Allah bless -

No comments:

Post a Comment