Friday 5 July 2013

Try it even it's too hard.

As is the case with all believers, a Muslim woman's sole sources of guidance are the Qur'an and the Sunnah (example) of our Prophet (saas). She shapes her personality,character,ideas,desires,behavior,and morality according to these two sources.

Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Setiap Muslim tidak kira lelaki atau perempuan,paksi hidup itu hanya bersumberkan panduan Qur'an dan Sunnah Rasulullah. Setiap muslim seharusnya membentuk personaliti,gaya,cara hidup,pemikiran,dan sikap dengan panduan yang dua itu.

-tapi nak buat jadi praktikal,ingat senang ke?
-lain lah something yang kita memang lakukan setiap hari. just like listening to the music,thats my hobby.

'Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan walaupun amalan itu sedikit.

Ayat yang admin baca dari sebuah buku yang bertajuk ''Pesanan Rasulullah S.A.W menjelang wafatnya'' secara tak sengaja ayat tu tersimpan dalam memori ingatan admin,yang berbunyi...

'Beramallah kamu sesuai dengan kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak bosan menilai dan memerhatikan amal kamu sehingga kamu sendiri yang merasa bosan'.

-Allah tak tengok natijahnya,tapi Allah tengok usaha kita-
-may Allah bless-

Thursday 4 July 2013

''hidup muda sekali cuma,so gunakanlah sebaik mungkin''

hidup muda sekali cuma,so 'enjoy' la dulu.

Ya,sebuah pegangan bagi segelintir anak muda merangkap remaja. ''hidup muda sekali cuma,so gunakanlah sebaik mungkin''. itu pengangan admin. Macam mana pulak kalau kita ditakdirkan mati muda,belum sempat nak merasa usia tua? Segelintir manusia fikir,''tua nantilah aku buat amal banyak-banyak''. Mulia sungguh cita-cita tapi,tak perlu tunggu tua sepatutnya.

Pernah tak kita fikir,tua nanti sihat lagi ke aku? Larat lagi ke aku? Tang,mana nak layan cucu,menantu aku? Makan minum aku,boleh buat sendiri ke? Terlantar kat atas tilam,hanya mampu mengerakkan kepala atau dengan hanya gerak ekor mata? or spend all of the most time at hospital for medication?

Bak kata seorang novelist yang paling admin suka iaitu Hlovate berkata, Buat 'awak' yang mahu berubah,Berubahlah walaupun payah,Berubahlah ke arah yang lebih indah. Hidup dan muda sekali cuma,Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?

Berfikirlah wahai wahai manusia. Allah jadikan kita sebaik-baik makhluk yang dikurniakan akal dan fikiran. 

-may Allah bless-

it should be ''taubatnya pencinta muzik''

Baru tak baru sangat lah pasal,kpoppes yang dah bertaubat tu. Alhamdulillah. ''taubat seorang kpoppers'' kalau tak silap,atau yang sewaktu dengannya. Admin dah baca statement dia kat facebook. But in my very personal opinion about her statement is going to be a bit different. Pendek kata admin tak setuju. Itu memang hak dia dan bagus dia ajak orang berhijrah. Admin pon kpoppers jugak. It should be ''taubatnya pencinta muzik''. Tak perlulah nak mention yang anda seorang kpoppers.

Orang yang baca statement tu bukannya 'kpoppers' je tapi yang sebaliknya pun turut baca. Mungkin yang diluar sana terutama 'non-kpoppers'' fikir,''haa..dengar tu wahai kpoppers''. Segelintir manusia menunding jari kepada 'kpopppers'' setelah habis baca statement tu. Walhal,benda yang sama berlaku kat peminat muzik genre lain,just like orang putih punya band ke,artis Hoollywood,atau artis Malaysia.

Album baru,fansign dan konsert,bukannya artis Korea je yang buat...Malaysia pon ada. Tak sedar ke,ada je rakyat Malaysia,yang berdarah Melayu dan beragama Islam bergambar dan mungkin bersentuhan dengan artis Malaysia/bukan. Sentuhan yang mungkin dianggap ''rugi'' kalau terlepas dan melabur duit yang preety banyak.

Mungkin dikotak fikiran 'non-kpoppers' yang mana ada terbaca statement tu fikir,''tu semua kpoppers yang buat,bukannya non-kpoppers...''. Mungkin ada segelintir kpoppers yang baca satement tu tersedar dan berubah. Alhamdulillah. Tapi berubah yang macam mana? Berubah sebab statement tu? Berubahlah kerana Allah. Admin tau,memang susah nak buang benda yang kita dah suka dan macam darah daging. Perubahan tu tak perlu drastik dan melulu.

Berubah perlahan-lahan adalah lebih baik,sebab kita dah ada niat dihati. Tapi boleh je,nak teruskan minat tu..tak perlu dibuang mungkin. Asalkan kita dapat mengimbanginya dengan betul,..antara hubungan dan amalan kita untuk Allah dan hiburan. Tidak salah berhibur,kena lah jaga mata dan telinga. Kalau dah kita tengok/simpan gambar/video artis perempuan yang terdedah aurat,tu dikira tak boleh merangkap haramlah.Tidak kira lah artis dari negara mana sekalipun.

- kalau nak berubah from what we were,it'll be hell to pay as a manner of speaking -

sebab segalanya dah terasa jadi darah daging,dan untuk mengubah hakikat itu bukan mudah.

- may Allah bless -

Admin's long last time talk.

Admin bukanlah orang yang pandai dan bijaksana tahap giga ala orang masuk University Oxford sana tu. Admin merupakan seorang pelajar biasa yang mengalami masalah ''lupa'' macam orang lain. Tapi admin punya  taraf lagi tinggi kot. Admin pun fikir dan muhasabah diri,kenapa admin kadang-kadang susah nak belajar. Banyak kemungkinan yang tersangkut...

1.Bacaan solat mungkin ada yang salah itu dan ini,dan tak hafal makna ayat...secara tak langsung solat tu tak dihayati.
2.Doa sambil lewa,ditmbah pula tak tau dan hafal maksud doa yang dibaca.
3.Solat lima waktu yang mungkin terskip.
4.Kurang lakukan ibadat sunat harian just like selawat atas nabi,istighfar dan lain-lain.
5.Kurang minta ampun dengan Allah.

Admin pon manusia yang memang dah terang lagi bersuluh bukan perfect. Terlampau banyak dosa sepanjang hidup ni,tapi tetap menyombong dan berdiri dimuka bumi Allah ni dengan muka selamba. But i'm going to change my life. Itu yang diperlukan ''niat'' yang penting.

Wednesday 25 July 2012

LOVE YOURSELF BEFORE YOU LOVE SOMEONE.

Love Yourself Before You Love Someone..most of people will say:i love myself,but that word doesn't mean anything if you only said that.Except you do all the way above,in everyday..

*Don't leave praying 5 times a day.
*Always doing good
*Always by order of God,parents,teachers and people who are elder than you.
*You should never do anything that can't give you any benefit and only give you sin.
*Perform circumcision in your daily life.
*Don't let you deceived by the devil (in malay is ''syaitan").
*Don't let your life lost in the pleasures of the world.

# Thats all for today

Sunday 15 July 2012

WASIAT RASULULLAH S.A.W KEPADA SAIDINA ALI.

.1.Hai Ali! Bahawasanya wali2 tiada mendapat keluasan rahmat Allah dan keredhaan Allah dengan sebab hanya banyak ibadah mereka,akan tetapi mereka dapat dengan sebab kemurahan hati iaitu bersedekah,serta memandang hina dunia.
2.Hai Ali! Orang yang murah hati hampir kepada Allah,hampir kepda rahmatnya,jauh daripada seksanya ada manakala orang yang kikir bakhil jauh daripada Allah,jauh daripada rahmatya,hampir kepada seksanya.
3.Hai Ali! Aku lihat tertulis atas pintu syurga: Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir,orang yang derhaka kepada ibu bapanya,dan orang yang mengadu-ngadukan orang.
4.Hai Ali! Ketika Allah selesai menjadikan syurga,maka syurga itu lantas berkata:Wahai tuhanku,untuk apakah engkau jadikan aku? Jawab tuhan:untuk orang yang murah hati dan bakti,kemudian berkata pula syurga itu:ya aku redha!-dan berkata neraka:wahai tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku? Jawab tuhan:untuk tiap orang yang kikir dan sombong.Berkata neraka pula:ya,aku redha untuk keduanya itu!
5.Hai Ali! Takutlah kamu doa orang yang murah hati (pemurah),bahawa orang yang murah hati itu bila mana tersandung (terlanggar/tersungkur) Allah memegang tanganya.
6.Hai Ali! Siapa memberi makan kepada seseorang muslim dengan senang hati,nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan,dan dihapuskan seribu kejahatan,dan diangkat baginya seribu darjat.
7.Hai Ali! Kasihanilah terhadap saudaramu sebagaimana engkau kasih terhadap dirimu!
8.Hai Ali! Carilah kebajikan pada orang yang jernih mukanya,dan muliakanlah tetamu! Bahawasanya tetamu itu apabila datang ia kepada seseorang,nescaya datanglah bersamanya rezekinya (tuan rumah),dan apabila dia pergi nescaya pergilah bersamanya dengan dosa ahli rumah itu,lalu dicampakkanya (dosa) kedalam laut.
9.Hai Ali! Para malaikat tidak akan masuk kemana-mana rumah yang terdapat didalamnya gambar2 haiwan atau patung2,atau orang yang derhaka kepada ibu bapanya,atau rumah yang tidak dimasukkan tetamu.
10.Hai Ali! Buatlah kebaikan (sedekah) walau terhadap orang yang rendah! berkata Ali:
siapakah orang yang rendah itu rasulullah?
jawab nabi:iaitu orang yang jika diberi peringatan tidak mahu menerima,jika dilarang tidak mahu tunduk,dan tidak memperdulikan yang dia katakan dan apa yang dikatakan orang terhadapnya.
11.Hai Ali! Sedekah sembunyi itu memadamkan kemurkaan Allah dan menarik keberkatan serta rezeki yang banyak!dan berpagi-pagilah kamu dengan mengeluarkan sedekah,kerana bala itu datangnya pada sebelum pagi,maka sedekah itu akan menolak bala.
12.Hai Ali! Apabila engkau bersedekah maka bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada engkau,bahawasanya sedekah satu suap daripada yang halal lebih disukai Allah daripada seratus misqal yang haram.Satu sedekah yang engkau berikanyan sebelum engkau mati lebih utama daripada seratus misqal yang disedekahkan oleh keluargamu setelah engkau mati.Firman Allah s.w.t:pada hari qiamat manusia akan melihat sendiri segala yang diberikan oleh tanganya!
13.Hai Ali! Bersedekahlah untuk ahlimu yang telah mati,maka sesungguhnya Allah telah mewakilkan beberapa malaikat yang membawa segala sedekah orang2 yang hidup kepada mereka yang telah mati.Bergembiralah mereka denganya (pahala sedekah itu) lebih daripada kegembiraan semasa didunia.sambil berkata:ya tuhanku,ampunilah orang yang menerangi kubur kami dan bergembiralah dengan balasanya sepertimana dia mengembirakan kami dengan sedekahnya itu.
14.Hai Ali! Beramalah dengan ikhlas kerana Allah! kerana sesungguhnya Allah tidak akan menerima melainkan orang yang benar2 ikhlas kerananya.Firman Allah s.w.t:barang siapa yang mengharap menemui Allah tuhanya,maka hendaklah beramal dengan baik,dan tidak mempersekutukan ibadah kepada tuhanya seseorang pun (beribadat janganlah kerana mencari nama dan pujian dari manusia)

Thursday 12 July 2012

WASIAT NABI S>A>W KEPADA SAIDINA ALI .

1.Hai Ali! Bagi orang yang celaka 3 alamatnya:
*makanan yang haram.
*menjauhi orang alim.
*menjauhi pertunjuk yang benar.

2.Hai Ali! Bagi orang yang rosak akalnya 3 petandanya:
*meringan-ringankan yang difardhukan Allah.
*banyak berkata-kata dalam berzikrullah.
*mencela pada Allah

3.Hai Ali! Bagi orang yang riak 3 alamatnya:
*menyumpurnakan ruku' dan sujudnya apabila sembahyang ditempat orang ramai,dikuranginya apabila sembahyang sendirian.
*cergas terhadap orang yang memujinya (apabila dipuji)
*berzikir ia pada Allah ditempat sunyi dan ditempat orang ramai.

4.Hai Ali! Bagi orang yang munafik 4 tandanya:
*apabila bercakap bohong.
*bila berjanji tidak ditepatinya.
*bila diamanahkan berkhianat ia.
*tidak bermanfaat kepadanya pengajaran dan peringatan yang diberinya.

5.Hai Ali! Bagi orang kafir 3 alamatnya:
*ragu2 pada zat Allah.
*benci terhadap hamba Allah yang beribadat kepada Allah.
*lalai taat kepada Allah.

6.Hai Ali! Bagi orang yang bertaubat 3 alamatnya:
*menjauhi yang haram.
*gemar menuntut ilmu agama.
*tidak akan kembali berbuat dosa.