.1.Hai Ali! Bahawasanya wali2 tiada mendapat keluasan rahmat Allah dan keredhaan Allah dengan sebab hanya banyak ibadah mereka,akan tetapi mereka dapat dengan sebab kemurahan hati iaitu bersedekah,serta memandang hina dunia.
2.Hai Ali! Orang yang murah hati hampir kepada Allah,hampir kepda rahmatnya,jauh daripada seksanya ada manakala orang yang kikir bakhil jauh daripada Allah,jauh daripada rahmatya,hampir kepada seksanya.
3.Hai Ali! Aku lihat tertulis atas pintu syurga: Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir,orang yang derhaka kepada ibu bapanya,dan orang yang mengadu-ngadukan orang.
4.Hai Ali! Ketika Allah selesai menjadikan syurga,maka syurga itu lantas berkata:Wahai tuhanku,untuk apakah engkau jadikan aku? Jawab tuhan:untuk orang yang murah hati dan bakti,kemudian berkata pula syurga itu:ya aku redha!-dan berkata neraka:wahai tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku? Jawab tuhan:untuk tiap orang yang kikir dan sombong.Berkata neraka pula:ya,aku redha untuk keduanya itu!
5.Hai Ali! Takutlah kamu doa orang yang murah hati (pemurah),bahawa orang yang murah hati itu bila mana tersandung (terlanggar/tersungkur) Allah memegang tanganya.
6.Hai Ali! Siapa memberi makan kepada seseorang muslim dengan senang hati,nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan,dan dihapuskan seribu kejahatan,dan diangkat baginya seribu darjat.
7.Hai Ali! Kasihanilah terhadap saudaramu sebagaimana engkau kasih terhadap dirimu!
8.Hai Ali! Carilah kebajikan pada orang yang jernih mukanya,dan muliakanlah tetamu! Bahawasanya tetamu itu apabila datang ia kepada seseorang,nescaya datanglah bersamanya rezekinya (tuan rumah),dan apabila dia pergi nescaya pergilah bersamanya dengan dosa ahli rumah itu,lalu dicampakkanya (dosa) kedalam laut.
9.Hai Ali! Para malaikat tidak akan masuk kemana-mana rumah yang terdapat didalamnya gambar2 haiwan atau patung2,atau orang yang derhaka kepada ibu bapanya,atau rumah yang tidak dimasukkan tetamu.
10.Hai Ali! Buatlah kebaikan (sedekah) walau terhadap orang yang rendah! berkata Ali:
siapakah orang yang rendah itu rasulullah?
jawab nabi:iaitu orang yang jika diberi peringatan tidak mahu menerima,jika dilarang tidak mahu tunduk,dan tidak memperdulikan yang dia katakan dan apa yang dikatakan orang terhadapnya.
11.Hai Ali! Sedekah sembunyi itu memadamkan kemurkaan Allah dan menarik keberkatan serta rezeki yang banyak!dan berpagi-pagilah kamu dengan mengeluarkan sedekah,kerana bala itu datangnya pada sebelum pagi,maka sedekah itu akan menolak bala.
12.Hai Ali! Apabila engkau bersedekah maka bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada engkau,bahawasanya sedekah satu suap daripada yang halal lebih disukai Allah daripada seratus misqal yang haram.Satu sedekah yang engkau berikanyan sebelum engkau mati lebih utama daripada seratus misqal yang disedekahkan oleh keluargamu setelah engkau mati.Firman Allah s.w.t:pada hari qiamat manusia akan melihat sendiri segala yang diberikan oleh tanganya!
13.Hai Ali! Bersedekahlah untuk ahlimu yang telah mati,maka sesungguhnya Allah telah mewakilkan beberapa malaikat yang membawa segala sedekah orang2 yang hidup kepada mereka yang telah mati.Bergembiralah mereka denganya (pahala sedekah itu) lebih daripada kegembiraan semasa didunia.sambil berkata:ya tuhanku,ampunilah orang yang menerangi kubur kami dan bergembiralah dengan balasanya sepertimana dia mengembirakan kami dengan sedekahnya itu.
14.Hai Ali! Beramalah dengan ikhlas kerana Allah! kerana sesungguhnya Allah tidak akan menerima melainkan orang yang benar2 ikhlas kerananya.Firman Allah s.w.t:barang siapa yang mengharap menemui Allah tuhanya,maka hendaklah beramal dengan baik,dan tidak mempersekutukan ibadah kepada tuhanya seseorang pun (beribadat janganlah kerana mencari nama dan pujian dari manusia)